Tuesday, 5 March 2013

Bebas..


Assalamualaikum.. Hihihi *Tetiba*

Dah lama aku tak update pasal kehidupan aku sekarang nie. Now aku nak story mory sikit. Aku dah lama tak update bukannya sebab malas ke apa tapi sebab takde masa. Banyak giler kot assignment yang aku nak kena hadap. Sampaikan pernah sehari suntuk aku duk siapkan benda alah tu. Haishh. Dalam minggu lepas agak lengang sikit sebab ada sesetengah assignment aku dah kena submit. So boleh la relax sikit. Sikit je tak banyak pun. Sebab final tak abis lagi. Sekarang nie aku dah start focus kat final pulak coz dah mula dapat tugasan. Lepas nie dah start tido lewat lagi la gamaknya. Hehew tension. 

Tapi aku dengaq cerita lebih kurang 3 atau 4 minggu lagi nak abis. Jyeahh. Lepas nie boleh la aku tidoq & rehat puas2 kat rumah.. Hahaha.

Cawww..


Monday, 4 March 2013

Lahad Datu : Kenapa Polis Bukan Tentera ??



OR


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera ??


1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna..

1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.

Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.

Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

P/S : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa.

Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK),
Attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK).
UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.


Komando PGA dikenali sebgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...

Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..

Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18..

Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.


Sumber : http://miazarraannur.blogspot.com