Wednesday 26 December 2012

Char Kuey Teow..


___ December 2012 (lupa tarikh)


Location : Tepi Jalan 
Time : Malam

Ayah : Cepat2 nak makan apa !!
Akak : Mihun tom yam..
Aku : Tak nak la, kenyang ~
Ayah : Cepat la !!
Aku : Tak nak !! kenyang..
Ayah : Ain & Aliya/Alia nak makan apa? 
Ain : Sama jugak..

Lepas dah confirm makanan apa nak beli, ayah aku nak kuar dari kete then tetibe aku....

Aku : Ayah, nak char kuey teow lah :3
Ayah : Hah? Char kuey teow? Char kuey teow mana ada kat sini..
Aku : ................
Ayah : Kalau takde?
Aku : Nasi Pattaya la..
Akak : Kau nie asyik nasi pattaya je..
Emak : Entah angah, baik makan kat rumah je.. (cara mak aku ckp takde skema gini but almost)

Beberapa jam kemudian....

Aku tengok macam takde je apa yang aku nak. Sedeyyy tapi cover :P

Keesokannya ayah aku balik dari keje aku tengok ada bungkusan yang ayah aku beli. Then ayah aku cakap nah amik nie char kuey teow. Ayah beli banyak tu... (3 bungkus)

Aku : Terharu.. Huwaaaaaaaaa :')

See, even sesebok mana pun dia still ingat kat aku. Hahaha. Perasan jap :D


Pengajaran..

Hargailah ibu bapa kita selagi dorang masih ada. Kalau dah takde nanti nak menyesal bagai dah terlewat toqq :)


Saturday 22 December 2012

Kesabaran..




Assalamualaikum..

Sejak kebelakangan nie aku agak busy sikit dengan assignment. Lagipun tarikh submission dia giler cepat. Kelam kabut aku nak siapkan. Hehew. Thats why aku dah lama tak update blog nie. Just jeling2 je :P

Okeylah, now aku nak story pasal benda yang dah berlaku malam/pagi tadi. 22 December 2012. Jyeahh, aku akan ingat sampai bila2. Berdebar kot nak tau sama ada dia terima or tak. Sebenarnya aku dah lama pendam perasaan kat dia. Tak sangka kot dia pun macam tu. Haiyoo, kalau awak cakap awal2 kan senang. Setahun kot relation kita just kawan je. Hahaha.

Awak, terima kasih sebab jujur dengan saya. Saya harap awak boleh terima saya seadanya. Saya harap awak boleh terima bimbingan dari saya. Saya tak minta lebih, saya mintak awak setia dengan saya. Saya nak jaga awak. Saya tak nak apa2 berlaku kat awak. Saya tak nak perkara sebelum nie berulang. Tak sanggup rasa. 

Awak..
Love You.....


Friday 14 December 2012

Cerita Kosong..


Sekarang nie boleh dikatakan aku dah mula busy coz dah start ada assignment. Dalam masa seminggu nak hadap dua ke tiga keje memang merepek tapi tu lah realiti dalam situasi aku sekarang nie. Tapi bagi aku benda nie takdelah pelik sangat sebab aku dah pernah alami time part 1 dulu. Aku rasa part 2 nie agak sempoi sikit kot coz ada masa nak melantak pagi petang lagi. Time part 1 dulu makan aku mandi aku tido aku tah ke mana. Memang takde masa nak fikir semua tu sebab fokus aku kat assignment. Tapi last2 result part 1 aku tahap angguk2 je tak boleh nak lompat melalak lagi. Hoho :P

Bilalah aku boleh capai cita2 aku nak jadi army. Boring giler asyik duk lukis2 benda yang lebih kurang sama je. Kan best kalau aku jadi army sekarang nie. Tengah berkawad apa semua. Pastu masuk hutan, redah sungai, lompat sana lompat sini. Hehew.. Gempak toksah citer :P Time degree nanti aku ingat taknak fikir dah pasal bidang art2 nie. Sebab aku kalau boleh nak kuasai banyak benda. Tak nak fokus kat satu arah je. Aku ingat nak libatkan diri dalam bahagian penerbangan.. Hee :'D

Sekarang nie aku asyik terfikir je yang aku nak lari kat tempat yang jauh. Tak tau la kenapa. Aku rasa macam semua orang buat aku tak wujud except family aku sendiri. So, lebih baik aku buat benda nie jadi reality. Aku tak nak sesiapa pun tau aku kat mana. Sama ada aku hidup lagi ke tak. Rasa macam... Haihhh.. Tak tau nak ungkapkan macam mana. Rasa macam aku nie jahat sangat. Tolonglah.. Aku merayu.. Jangan anggap semua lelaki sama.. Aku lain & takkan pernah sama dengan orang lain. Terpulanglah nak buat apa or nak cakap apa kat aku. Tapi tolonglah ubah cara pemikiran tu. Kalau pernah ditipu lelaki lain sekalipun, please jangan samakan aku dengan laki tu. (untuk umum)

Tapi yang pasti sekarang nie....
saya rindu la kat awak, gendut..
hehek :3


Thursday 13 December 2012

Terlalu Mudah..


Pepagi nie even sifat mengantok still menguasai diri terasa macam tercabar nak update bila aku tengok something yang menjengkelkan dah berlaku. Alkisahnya mcm nie, tadi aku duk husya2 blog lain. Then tetibe aku enter satu blog nie kat dalam satu group dalam FB coz dia punya entry macam gempak. Pastu aku bacalah dia punya entry. Ya Allah, terkejut jugaklah & confius bila tengok keadaan dia tu. Dia nie berjantina girl. Sorry bukan aku nak kutuk sesiapa just nak meluahkan rasa & pendapat. Berpandukan dia punya entry tu & berdasarkan pengalaman aku, aku tengok girl sekarang nie terlalu lalu & lalu percayakan kata2 lelaki even dia baru kenal. Kat sini aku nak potong pendirian dia yang kata laki tu baik & so on...

Dear awak yang masih bersekolah,
Seseorang itu tidak akan dikenali 100% termasuklah keluarganya, macam mana pulak awak boleh kata dia err blaa blaa blaa?? Dia caring?? Buuuu :P

Kalau awak nak tau, dia boleh pura2 buat camtu dekat awak sampai dia dapat apa yang dia nak dari awak. Wallahualam.. Sebab saya mampu buat apa yang dia buat kat awak.. (Bagi aku, aku lebih suka jadi diri aku sendiri berbanding pura2. Terpulang percaya or tak).. Awak tak faham laki macam mana, janganlah terlalu ikutkan sangat perasaan tu. Study pun tak khatam lagi. Kejayaan tak terjamin lagi dah sibuk buat benda lagu tu. Lagipun dia orang luar kan?? Kat paper selalu terpampang kes WANITA MALAYSIA DIBAWA LARI KE LOMBOK. Haihh, kalau aku abang kau boleh la aku bagi nasihat guna cara aku face to face. So, hati2 la. Sekarang nie macam2 da berlaku & sedang berlaku malah boleh berlaku. Gila poyo ayat aku. Hahaha. Saya bukan nak mengaibkan awak coz saya pun tak kenal siapa awak & latar belakang awak. Yang saya tau hasil stalk profile awak, awak orang Malaysia. Sedarlah balik siapa diri awak. Ingat family & Allah. Kalau pape yang berlaku kat awak nanti bukan dia yang awak akan cari kan?? Tapi DIA.. So, utamakan 'DIA' dulu baru 'dia' okey..

Sorry kalau ada yang terasa dengan kata2 aku. This is ME yaw !! Bukan pura2. Tak kenal aku macam mana?? Takkan pernah :P 

2nd sorry kalau agak merapu sikit entry nie..
Happy Thursday.. Hahaha 
macam tak kena.. yerkk :P
Cawww....


Sunday 9 December 2012

Segmen Jom Up Follow by Be-Log Meow Mew


Make your own banner at MyBannerMaker.com
Click Banner Untuk Join


Hadiah2 dia boleh tahan..
So, let's join :)

Tag :




Tarikh Tamat : 30/12/12
Tarikh Umum Pemenang : 31/12/12


Kenapa Aku..




Hari nie aku sedih sangat2. Takut perkara lama akan berulang. Kenapa mesti aku yang kena semua nie. KENAPA AKU. Aku tak kuat nak hadapi benda macam nie. Nasib aku selalu macam nie. Tak pernah nak happy. Ya Allah........

Hari nie aku tak mampu nak buat apa2 except mengalirkan air mata sorang2. Assignment yang aku baru dapat pun tak terusik lagi. Aku tak nak tunjuk kat sesiapa apa yang berlaku kat aku. Aku lagi suka takde sape yang tau melainkan DIA. Lagipun aku tak sanggup nak tengok orang sekeliling aku hilang mood disebabkan aku. Tapi kekadang tu aku ada jugak luahkan apa yang berlaku kat beberapa kawan aku. Sebab aku perlukan kata2 semangat dorang. Sebab aku kalau kena macam nie tak lain tak bukan confirm aku akan fikir "kalau aku takde sekalipun takde sape yang kesah".

Selalunya lepas kawan aku bagi kata2 semangat. Aku hanya mampu buat dorang percaya yang aku dah okey. Tapi realitinya takkan pernah. Kenapa la aku buat baik pun kena macam nie, kalau buat jahat lagi la teruk. Takde sape yang nak percaya kata2 aku. Takde sape yang faham aku. Takde sape & TAKKAN PERNAH ADA !!! Takpelah, biarlah DIA je yang tau diri aku yang sebenar..

Apa la nasib aku nie.. Hmmmm :'(


Saturday 8 December 2012

Aku Dan Palapes..


                                               


Bila aku tengok kawan2 aku boleh active semua benda, boleh join itu ini. Sumpah memang aku jeles giler coz aku tak boleh jadi macam dorang. Salah satu sebab yang sekat aku jadi macam dorang tak lain tak bukan coz aku student AD. Student AD nie paham2 jelah assignment dia macam mana. Busy memang sentiasa mengambil tempat. Aku time mula2 menjejakkan kaki kat u nie & semasa pemilihan aktiviti yang kita nak sertai, aku memang dah semangat giler nak join PALAPES. Bagi aku nie je yang paling dekat dengan tentera. Sebab PALAPES nie Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Tentera Darat). 

Story About PALAPES ▶ (click)

Credit To Her..

Ingat lagi time tu semua student Part 1 kena berkumpul kat dewan coz terlibat dengan minggu destini siswa. Then ada 1 hari tu, aku tak ingat nama dia sape, dia bagi taklimat pasal PALAPES nie semua la. Pastu dia kata sape yang nak masuk kena isi nama kat luar dewan. Aku kalau tak memang dah keluar dah then isi nama. Arghhh.. Tapi bila fikirkan yang aku nie student AD, haihh terpaksa telan air liur jelah tengok budak2 lain isi nama.

Aku tekad lepas je habis diploma nanti, aku nak rombak balik hala tuju cita2 aku. Aku ingat time degree nanti aku nak amek bahagian penerbangan. Tak pun aku akan join jadi tentera. Hehew. Jeles la tengok budak2 PALAPES kat tempat aku nie gerak Dungun subuh2 tadi. Then pakai ala2 tentera. Rasa menyesal pun ada juga sebab aku jadi budak AD. Kalau tak aku dah boleh join dorang gi Dungun dah sekarang nie. Kalau aku cakap macam nie kat sape2, confirm dorang labelkan aku sebagai pelik. Nak tau apa?? Sebenarnya aku lagi rela tak cukup tido sebab join benda2 camtu daripada tak cukup tido sebab hadap assignment yang membosankan plus cerewet. Nak suh beli itu la ini la, pokai duit PT aku. Takpe2, sabar.. Watlekk sudah. Akan datang aku akan ada situasi macam budak PALAPES nie jugak nanti. Cuma masa yang membezakan. Sabar.....

Malam tadi aku mimpi aku nak pukul kawan aku. Dalam mimpi tu aku cakap kat dia aku nak pecahkan kepala dia. Hahaha. Sedar2 je kawan aku kejutkan solat subuh :P


Wednesday 5 December 2012

Segment by NZ: I Tanya U Jawab..


Click Banner Untuk Join

Tujuan aku join segmen nie tak lain tak bukan nak promote diri.. Hahaha.. No la just hilangkan boring sambil support tuan empunya segmen..


Questions:


  • Your nickname: Lot but normally Daus.. Setakat nie paling pelik "ouh".. hihik
  • Do you wish you had another name? If yes, what is it? Rayz :P
  • Your girl best friend: Gendut (bukan nama sebenar)..
  • Your guy best friend: Amar..
  • Your favourite food: Nasi Patayya / Nasi Pattaya ATAU seangkatannya..
  • Your favourite drink: Milo ais or Laici..
  • The one thing you always bring everywhere you go: Handphone..
  • Your current favourite song: Cerita Dia by Drama Band (untuk tahun nie).. Tahun depan tak tau lagi.. Taste aku berubah mengikut tahun :D
  • Your favourite singer: Taylor Swift & Drama Band..
  • Your birthday: 24 July 1994..
  • The last person you texted or texted you: Hahaha.. Bahaya giler soalan dia :P
  • What does the text say? Hai then bla bla bla..
  • Someone you wish to see right now: Gadis Berniqab or bertudung labuh.. Kalau tak dapat its okey.. Terima seadanya..
  • Someone you want to apologize to:  Ramai.. Terutamanya DIA..
  • Someone you miss: Merupakan seorang yang aku suka tapi dia tak penah tau.. Hahaha :3
  • What time did you wake up this morning? Hari nie agak lewat dalam pukul 6.50 maybe.. Bateri fon aku kong so tak boleh nak set alarm.. Hehew
  • How great your life is in 2012 so far? Macam rojak buah.. Ada masam & manis..
  • Do you have a pet? If yes what is it and what is the weirdest thing it has ever done? Kat u mana boleh bela pet.. Kalau aku gila maybe yup...
  • Where would you have your honeymoon? Pergunungan or kawasan yang berbukit.. Hehek
  • Do you regret anything from your past? Menyesal coz terlalu mudah memberi..
  • If you could have one superpower, what would it be? Tak terfikir lagi..
  • What is your status? (Single/Taken/Married/Divorced?What?): Single kot.. Hikhik
  • Are you in love? If yes, have you told the person how you feel? Yes but nanti dulu..
  • The thing you hate the most: Tanya soalan yang sama berulang kali.. Panas wehh..
  • The type of people you hate the most: Mungkir janji, tak setia & poyo..
  • The last gift a person gave you: Barang ke? Takde..
  • What is your favourite color? Purple, white & black..
  • Would you take your ex back? Hehew.. Maybe tak kot.. Tak nak fikir pasal nie :P
  • Something you can't live without: Don't know..
  • Do you like this segment? Yeah.. Act nie kali ke 2 aku join segmen gini.. Yang first tu aku tak publish lagi & tersepok as a draft.. Hahaha
Sekian..


Tuesday 4 December 2012

Super Duper Giveaway 2012


Click Banner Untuk Join

Assalamualaikum & Salam Ukhwah..

Hari nie aku join satu GA dari Cikgu Luar Biasa..
First time aku enter blog dia & secara tak sengaja..
Sesapa yang nak join boleh click banner kat atas tu..
Before that sila lengkapkan syarat dalam banner tu..
Kalau tak clear boleh click banner tu & automatik akan ke blog Owner GA..

Lengkapkan ayat :

"Saya akan tersenyum bila...
  saya berjaya buat orang yang saya suka tersenyum ketika berada dalam kesedihan :')


Hopefully tak mengecewakan even peluang nak menang bagi aku macam takde coz ramai yang dah join. Anyway, rezeki kita hanya Allah yang tau :P


Sunday 2 December 2012

Nasib Tak Menyebelahi..


Dalam sehari dua nie kehidupan aku berbeza sangat2. Banyak sangat dugaan. Kalau ikutkan diri aku yang sebenar memang aku dah give up dah dengan kehidupan yang macam nie. Tapi aku paksa jugak diri aku nie survive. Sebab aku tau ada orang yang lagi susah berbanding aku. Nie baru sikit je tapi aku rasa memang teruk sangat2. 

Firstly, semalam aku ada masalah sikit antara aku dengan kawan2 aku pasal rumah yang aku sewa. Sebelum nie aku memang nak stay kat dalam sebab aku memang dah dapat. Tapi disebabkan salah paham pasal penempatan aku & nak jaga hati kawan punya pasal, aku follow dorang stay kat umah sewa. Pastu semalam lepas family aku hantar aku kat rumah sewa tu then balik, dorang baru nak bagitau yang dorang tak jadi. Sebab dorang dapat kat stay kat dalam. Aku time tu punyalah rasa nak gila memikirkan yang aku kene angkut barang2 aku yang memang banyak keluar dari rumah tu. Tu pun belum tentu lagi aku boleh stay kat dalam balik sebab aku dah hantar surat nak tolak bilik yang aku dapat. Semalam time aku sorang2 duduk kat dalam bilik yang aku sewa tu aku asyik terfikir je nak benti. Sanggup dorang...

Secondly, aku dengan kawan aku pegi jumpa penyelia asrama aku sebab nak bincang pasal nak stay kat dalam nie balik. Dia kata boleh tapi agak serabut sikit sebab kena campur dengan senior2. Nak tak nak kena terima jugak sebab salah aku. Then sekarang nie ada masalah bilik sikit kat tempat aku nie. Effect dia dalam 1 bilik terpaksa stay dalam 5 orang.

Thirdly........ 

Aku kena marah dengan tuan empunya rumah sewa tu sebab dia kata aku macam main2. So, dia suruh aku keluar segera. Aku time tu rasa macam nak nangis je tapi terpaksa control coz aku ada kat kampus plus ramai orang. Tadi jugak aku angkut barang2 aku dari rumah tu guna kereta kawan aku. Nasib baik ada orang nak tolong.

Haihh.. Cukup la.. Tak sanggup nak citer...
Sorry kalau aku ada buat sesapa bad mood.....
Sekadar perkongsian...


Saturday 1 December 2012

Alone..


Sekarang nie aku dah ada kat Terengganu. Lama jugaklah masa nak ke sini. Tapi Alhamdulillah sampai dengan selamat. Family aku sume dah bertolak balik petang tadi dalam pukul 2 tak silap. Sekarang nie aku rasa macam ada yang tak kena. Sunyi pun ada jugak. Huwaa. Bilalah semua benda nie nak abis. Tak sabar rasanya. Nie pun assignment yang berlambak-lambak takde lagi coz esok baru start kuliah. Kalau dah ada nanti taktau lah macam mana. Harap2 sem 2 nie lebih baik dari sem 1. Tak sanggup weh....

Haihh. Terasa sunyi giler sekarang nie. Teringat kat dia, teringat kat family, teringat kat kawan2. Rindunya. Nak nangis pulak. Huhuk. Tapi setiap benda yang berlaku ada hikmahnya rite. Sekarang nie bila aku rasa rindu sangat2 kat dia, mesti aku makin dekat pada DIA. Then time tu paham2 jelah apa yang berlaku seterusnya kan. Tapi pape pun Life Must Go On. Never Give Up. Yeahh :')