Saturday, 12 November 2011
Rahsia Seorang Ayah ...
Ayah banyak merahsiakan sesuatu daripada anak dia…
Dan di bawah ini adalah rahsia yang dipendam oleh seorang ayah demi kebahagiaan anak dia…
• Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari…
Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?
• Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita…
Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih, ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian…
• Saat kita sakit @ demam, ayah sering membentak “sudah diberitahu! jangan minum ais!”.Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??
• Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata “tidak boleh!”…
Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat
berharga…
• Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya…Maka ayahlah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..
• Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan sesuatu untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi. Tanpa menolak, beliau memenuhinya. Saat kamu berjaya, Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..
Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati untuk memberi keizinan.. Dan akhirnya.. Saat ayah melihat kita duduk di atas pelamin, ayah pun tersenyum bahagia..
Apakah kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?
Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa “Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakanlah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya”..
Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..
P/s: Marilah kita sayang kedua ibu bapa kita dan gembirakanlah hati mereka sementara mereka masih ada serta jagalah setiap kelakuan kita terhadap mereka sebelum terlambat supaya tidak menyesal disaat mereka sudah pergi meninggalkan kita...
No comments:
Post a Comment