Saturday, 13 April 2013

Simple Giveaway By A& A


Click Banner Kalau Nak Join



Dah lama aku tak topup..
Asyik buat call me back je.. Hahaha :P


Friday, 12 April 2013

Mega Topup Giveaway by Incik B & SS


Click Banner Untuk Join



Penakluk Jerusalem..







1. Saya meminta KEKUATAN 
dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.

2. Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN
dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.

3. Saya meminta KEMAKMURAN
dan Allah memberikan saya FAKULTI dan TENAGA untuk BEKERJA.

4. Saya meminta KEBERANIAN
dan Dia memberi saya BAHAYA untuk DIATASI.

5. Saya meminta CINTA
dan Dia memberi saya orang-orang yang BERMASALAH untuk DIBANTU

6. Saya meminta NIKMAT
dan Dia memberikan saya PELUANG.

7. Saya TIDAK MINTA apa-apa untuk DIRI SAYA
tetapi saya MENERIMA semua yang saya PERLUKAN.


Tuesday, 5 March 2013

Bebas..


Assalamualaikum.. Hihihi *Tetiba*

Dah lama aku tak update pasal kehidupan aku sekarang nie. Now aku nak story mory sikit. Aku dah lama tak update bukannya sebab malas ke apa tapi sebab takde masa. Banyak giler kot assignment yang aku nak kena hadap. Sampaikan pernah sehari suntuk aku duk siapkan benda alah tu. Haishh. Dalam minggu lepas agak lengang sikit sebab ada sesetengah assignment aku dah kena submit. So boleh la relax sikit. Sikit je tak banyak pun. Sebab final tak abis lagi. Sekarang nie aku dah start focus kat final pulak coz dah mula dapat tugasan. Lepas nie dah start tido lewat lagi la gamaknya. Hehew tension. 

Tapi aku dengaq cerita lebih kurang 3 atau 4 minggu lagi nak abis. Jyeahh. Lepas nie boleh la aku tidoq & rehat puas2 kat rumah.. Hahaha.

Cawww..


Monday, 4 March 2013

Lahad Datu : Kenapa Polis Bukan Tentera ??



OR


Menjawab Isu Pencerobohan dan Mengapa Bukan Tentera ??


1) Jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.
2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara lansung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3) Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa Protocol Antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna..

1) Kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.

2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.

4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.

Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAR AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan

Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawasan pencerobohannya sahaja.

Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai combatant Perang.

Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.

Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom.

Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

Hatta Mekah pun pernah di cerobohi oleh bukan Islam. (tidak ada kaitan dengan kes ini sekadar contoh perbandingan bahawa secanggih mana pertahanan pun dengan izinNya bocor juga)

P/S : Pasukan yang terlibat bukan unit biasa.

Unit komando PDRM ialah attachment a-unit tindakan khas(UTK),
Attachment b-very able trooper 69(VAT69) dibawah pasukan gerakan khas(PGK).
UTK lebih menyerupai police SWAT,manakala VAT69 lebih kepada peperangan hutan dan gerila.


Komando PGA dikenali sebgai tiger platoon dari 2 Bn PGA...

Komando di bawah ATM adalah gerup gerak khas(GGK) iaitu 21 RGK,22 RGK,11 RGK dari Tentera darat..PASKAL pula dari TLDM..PASKAU dari TUDM..

Ia tertakluk dlm majlis keselamatan negara(MKN) arahan NO. 18..

Pihak keselamatan lebih mengetahui apa yang terbaik dan modus operandi. Sesetengah orang, baru menang game Counter-Strike ada hati nak mengajar pasukan keselamatan pula.


Sumber : http://miazarraannur.blogspot.com



Thursday, 31 January 2013

Bosan..


Assalamualaikum..

Lama aku tak update something dalam blog nie. Kalau dulu2 dekat 3 post aku update dalam sehari. Hahaha. Bukan sebab dah taknak update ke apa tapi sekarang nie boleh dikatakan yang aku dah start busy dengan assignment. Normally waktu tido aku sekarang nie dalam pukul 3.00 or 4.00 then class aku pukul 8.00 pagi. Gempak tak? Hahaha. Nak kata ngantok tu takde la sangat sebab aku dah biasa kot dengan situation yang macam gini. 

Kalau dulu2  bila time dapat je assignment, aku terus siapkan hari tu jugak & takde fikir nak tangguh2. Tapi sekarang nie aku rasa macam dah boring dengan course yang aku amek even baru part two. Haihh. Its oklah cuba paksakan diri aku nak tamatkan zaman diploma nie.


Thursday, 17 January 2013

Aku..


Tadi aku stalk beberapa profile kat fb. Act im not stalker tapi disebabkan boring, aku jadi stalker kejap. Hahaha. Anyway, aku tengok giler gempak satu mamat nie introduce dia punya diri. Gaya macam gengster siap letak work kat profile dia, Bunuh semua budak hot at Pavilion Kuala Lumpur. Bulat2 kot aku copy. Hahaha XD Tapi ayat dia yang kat bawah nie macam kantoikan dia. Lagipun kita kan MALAYSIAN. Kenapa nak poyo2 jadi orang lain. Haduhh. Kalau ada yang tak tau speaking sekalipun bila baca dah boleh detect salah dia kat mana coz bunyi lari gilo.



Oleh yang demikian :P
Fikir 2 kali kalau nak buat sesuatu..
Cawww..


Tuesday, 15 January 2013

First Giveaway 2013 By Mummy..





Dah lama aku tak join apa2 GA. Lagipun aku jarang menang & tipis2 nak menang pun haprak. Tapi GA yang nie aku join jelah coz tuan empunya GA dah penat2 bw kat blog aku & promote dia punya GA. Tak sampai hati setakat nak jeling je. So, join jelah. Hoho :P

Anyone yang nak join boleh click banner kat atas tu. Syarat dia simple gilo tapi sayang aku tak mampu nak ikut. Hahaha. Sorry tau mummy, saya tak tau nak tag sape plus saya takot kalau dorang tak suka. Anyway, In Syaa Allah saya akan promote GA nie sebaik mungkin. Dont Worry :D

Kekok pulak aku panggil mummy2 gitu. First time kut. Hahaha 
Hopefully menang :P



Saturday, 12 January 2013

Thursday, 10 January 2013

Never..




Aku bukanlah seorang pengupdate facebook yang tegar. Aku lagi suka kalau share kat blog aku. Lagipun tak ramai yang tau pasal blog aku nie. Kalau boleh aku tak nak sakitkan hati semua pihak. Jadi aku amek langkah selamat cerita pape yang berlaku dalam hidup aku cuma kat blog nie je, NOT FACEBOOK.. Sorry kalau ada yang terasa, ini aku dan takkan pernah jadi orang lain. 

Bagi aku, berkawan dengan orang yang kita suka lebih menyakitkan daripada kita putus dengan orang tu. Maybe dia tak rasa pape tapi effect dia pada kita.Bukan tak boleh terima hakikat, tapi aku tak boleh nak hilangkan perasaan sayang aku kat dia selagi hubungan aku dengan dia still ada. Kalau boleh aku tak nak ulang kesilapan aku yang dulu. Biarlah dorang berdua jadi macam dulu balik. Aku tak kesah, lagipun aku tau siapa aku. Terlalu nampak beza aku dengan dia.

Sorry.....

Sekarang nie better kalau kita buang jauh2 any relation yang kita ada termasuklah friendship. Baru adil kan? 

Kita berkawan lebih setahun, macam2 dugaan. Dalam pada masa kita berkawan, saya dah pernah ada relay dengan 2 orang. Bila saya putus dengan diorang, saya dengan awak still berkawan. Kat situ dah boleh nampak something. Tak pelah, saya lepaskan awak. Maybe jodoh kita sampai sini. Lagipun saya tau awak lebih happy dengan dia.

Anyway, kalau ada jodoh tak kemana. Nanti jaga diri baik2. 


Sunday, 6 January 2013

Love..




Past is past and never been back :')
Now we are friend..
Kalau ada jodoh tak ke mana..
Yeah, im happy but inside im crying.. hoho
Ayat sape entah aku copy :P




Thursday, 3 January 2013

NS..



Assalamualaikum awak..

Awak jangan risau okey. Saya sentiasa maafkan awak. 

Awak..

Andai suatu hari nanti awak terbaca, saya harap awak tau yang saya sentiasa menyayangi awak, saya tak pernah tipu awak & tak pernah sanggup tipu awak even saya boleh buat macam tu. Kalau boleh saya nak hubungan kita nie terus kekal sebab saya ikhlas nak jaga awak. Saya tak nak apa2 berlaku kat awak. Jujur saya kata, apa yang tunjuk kat awak selama nie, itulah diri saya yang sebenar. Saya tak pernah pura2 depan awak. Saya tau saya jahat, tapi saya dah cuba jadi yang terbaik untuk bimbing awak.

Kenapa awak sanggup buat saya macam nie. Awak tak kesian kat saya??

Saya sunyi bila takde awak sekarang nie. Susah saya nak lupakan awak. Lagipun saya dah kenal awak lama. Awak tak pernah tau kan masalah saya?? Tak pelah.. 

Awak..

Saya bukan nak ungkit apa2, saya cuma nak awak tau yang saya betol2 sayangkan awak. Awak tau tak, selama nie tanpa pengetahuan awak, saya korbankan masa untuk siapkan assignment saya sebab nak temankan awak, saya tak nak awak rasa sunyi & saya korbankan masa rehat saya untuk siapkan assignment saya. Saya tak pernah bagitau awak pasal nie. Saya tak nak awak rasa serba salah. Awak cuma tau yang saya tido lewat je kan, tapi tak tau sebab apa. Sekarang nie awak dah tau kan......


Saya minta maaf kalau selama nie saya ada buat awak kecil hati, saya tak sempurna dan takkan pernah. Saya tak pandai main dengan kata2, tapi semua yang saya coretkan nie apa yang saya rasa. Saya tak pernah menyesal kenal dengan awak. Saya masih menanti jawapan yang sebenar dari awak. Kalau jawapan awak masih itu, saya terima. Saya akan cuba lupakan awak. Saya akan cuba buang jauh2 kenangan kita. Lepas nie saya tak nak ganggu awak dah...

Saya harap awak sedar yang saya masih sayangkan awak..
Saya harap jawapan dari awak tak kecewakan saya..
Saya harap awak boleh buat keputusan yang terbaik :')

I really2 miss you sayang :'(