Thursday, 29 November 2012

Sedarlah..


Time : about 16:35 PM

perlu ke aku mulakan macam tu.. haha
okey2.. tukar mood..

Petang tadi disebabkan bosan aku pun online la seperti waktu yang dinyatakan. Line time tu boleh tahan jugaklah coz agak laju sikit than sebelum ni. Niat aku nak tengok entry terbaru dalam beberapa group yang aku join. Tengah syok layan tu tetibe aku perasan ada new message dari anonymous. Then aku bukak la.. Rupa-rupanya message tu dari someone yang boleh dikatakan aku kenal. Tak sangka.

Beberapa minit lepas tu aku tengok dia online then tegur aku. Pastu dia cerita la sikit macam mana dengan ex aku tu. Dorang memang rapat dari kecik. Aku kenal dia pun coz dulu2 ex aku tu selalu citer pasal kawan2 dia. Still ingat lagi kawan2 rapat dia sampai sekarang. Susah sangat2 nak lupakan apa yang berlaku antara aku dengan dia.

Sebenarnya aku dah agak lama dah.. Tak perlu lah aku detailkan apa dia.. Memang terbukti......

Even kita dah takde kena mengena lagi dah, saya nak nasihatkan awak.. Terpulang la awak nak ikut ke tak nak coz saya dah takde hak nak tentukan hidup awak. Awak tolonglah sedar !! Janganlah terlalu mudah percayakan kata2 seseorang yang awak belum kenal sepenuhnya. Lagipun awak dengan dia belum ada apa2 ikatan yang sah. Saya tak nak awak menyesal bila dah jadi sesuatu. Sedih la bila dengar macam mana keadaan awak sekarang nie. Sebagai seorang yang pernah mengenali awak even bukan sepenuhnya, saya harap awak berubah la. Bukan untuk saya tapi untuk diri awak sendiri. Sedarlah balik awak macam mana dulu. Jauh beza :'(

Saya tak harapkan apa2 dari awak. Hati saya sekarang nie dah tertutup buat awak. Saya cuma harap awak sedar. Ingat Allah & family...


3 comments:

Dayah Danisha said...

Wahh ! nasihat yg bernas ! jom tengok kesinambungan cerita Perbualan aku dengan minah blue part 2 !

aini n_ar said...

Jangan d kenang benda yg lepas. .

Nurul Farahizzati said...

doakanlah dia ye.. :)