Pagi tadi boleh dikira aku bangun awal jugaklah coz ada seseorang tu rasa serba salah. Kan tembam?? Hahaha. Then dalam tengah hari tu lepas ayah aku siap servis kereta apa sume, ayah aku ajak pegi mall baru bukak dekat area rumah aku jugak. Dalam 10 minit kot perjalanan nak ke situ. Bila dah sampai tu aku rasa menyesal pulak coz orang kat sana takyah citerlah ramai ke tak. Tension weh dah la panas. Hehew. Mulanya ayah aku kata just nak tengok2 barang je, paling kuman pun nak bandingkan harga dengan tempat lain. Aiyakk, last2 macam bershopping dah.
Lepas dah beli barang bagai, aku pun caww lah coz rasa macam dah lambat je nak siap2 gi solat jumaat. Tapi bila sampai rumah then husya jam baru 12.30. Huhu. Dalam pukul 1 tu aku pun pegi la masjid dengan ayah aku. Pastu lepas dah siap solat & dalam pada aku nak kuar dari masjid tu aku terserempak dengan Pak Usu aku. Detail giler citer aku nih. Hahaha. First time kot entry aku gini coz kebosanan menyerang buat kali ke berapa entah.
Super skip......
Dalam pukul 3 lebih camtu aku pun berangkatlah ke kampung aku yang tercintun nie, Pahang. Sekarang aku kat kampung. Pukul 6.50PM tadi kot baru sampai coz aku singgah kejap kat rumah Pak Ngah aku. Sesampai je kat sini aku terus angkut barang2 aku yang agak banyak jugaklah even 1 malam je. Sebenarnya aku balik kampung nie bukan nak yeppy2 kebenda, tapi sebab nak gerak terengganu subuh esok coz nak hantar budak yang tengah taip ni
Hopefully sem 2 nie lebih relax berbanding sem 1 haritu. Bila dalam situasi macam nie, aku selalu teringat kat ayat poyo salah seorang lec aku. Dia kata gini, "Alaa biasalah tu dugaan orang nak berjaya". Hahaha. Tergelak-gelak kawan aku bila cakap camtu kat dorang. Haihh, tak sabar nak tunggu bulan 4. Boleh cuti2 Malaysia lagi kat rumah.. Hehek. Yezzaaaa :D
Kat kampung aku ni yang aku tak suka bila cakap pasal budak2 dia. Nak kata teruk sangat tu takdelah. Tapi bila tengok budak2 kat sini bawak moto. Dorang suka main bakar2. Cabel dia besar sangat kot nak buat gitu. Tak paham aku & taknak paham pun.....
No comments:
Post a Comment